SBDJ Siri 195: Terkapar Di Pangkal Pokok
SentiasaPanas
by HAMIDIsP
1M ago
"SUBHANALLAH, Allahhu akbar." Itu yang terkeluar dari kelopak bibir Datuk. Dia yakin benar, pandangannya memang tidak salah lagi. Pengusung jenazah itu bergerak serta terangkat separas pinggangnya. "Ini semua permainan syaitan," rungut datuk sambil meludah sebelah kiri. Dan dia terus mempersetankan tentang pengusung jenazah tersebut. Perjalanan diteruskan, setiap lima atau enam minit, datuk akan menoleh ke belakang, ternyata pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Datuk mengambil keputusan nekad, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan dia sanggup menerima sebarang risiko dari tindakkan ..read more
Visit website
Isu Lahad Datu - 10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati!
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut. “Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila. Mente ..read more
Visit website
Isu Lahad Datu - Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. “Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katan ..read more
Visit website
Isu Lahad Datu - Penceroboh Yang Memulakan Tembakan!
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh. Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan. “Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya. (Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein). Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih ter ..read more
Visit website
Isu Lahad Datu - "Kami Diserang, Terdapat Anggota Yang Cedera!!"
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah. Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri. "Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram. Ketika ditanya masa pasukan keselamat ..read more
Visit website
Panas! Isu Lahad Datu - Tentera Berbalas Tembakan!
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebaga ..read more
Visit website
Penceroboh Lahad Datu Terus Berdegil
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman. Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di m ..read more
Visit website
Anwar DALANG Insiden Lahad Datu - Reuters, Manila Times
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang. Perkara ini cukup menghairankan kerana sejak pencerobohan itu berlaku, tidak ada satu pun kenyataan, baik rasmi atau tidak rasmi, yang dikeluarkan oleh UMNO menuduh Anwar atau parti pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden itu itu. Sebaliknya tuduhan itu dibuat oleh agensi berita antarabangsa, Rauters. Malangnya orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya! ”I ..read more
Visit website
Isu Lahad Datu Polis Tutup Rundingan!
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. “Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekita ..read more
Visit website
Penceroboh Lahad Datu Nekad Terus Berjuang Atau Mati!
SentiasaPanas
by Anonymous
3M ago
Seperti yang kita sedia maklum, pada 12 Februari 2013 lalu, bot yang mengangkut lebih 100 orang termasuk sebahagian besarnya bersenjata, yang memakai pakaian celoreng tentera, mendarat di pantai Lahad Datu, Sabah. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina. Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam se ..read more
Visit website

Follow SentiasaPanas on FeedSpot

Continue with Google
Continue with Apple
OR